Tuesday, 25 February 2014

Ini Bukan Dera

Assalamualaikum!


Mula mula aku tengok gambo macam ni dekat facebook agak terkejut jugak la. Tapi bila baca komen komen diorang semua ni bukan satu kes dera bayi sebaliknya satu cara masyarakat banjar tidurkan bayi. Diorang panggil kaedah ni sebagai pukong. 

Kita yang bukan berketurunan banjar ni tengok gambar gambar macam ni memang la rasa ia satu yang luar biasa. Tapi bagi mereka yang berketurunan banjar ni perkara biasa. Aku rasa bila ada pameran atau event yang tunjukkan cara pukong ni, mesti orang yang tak berketurunan banjar macam "wow terbaik la!" dan termasuk aku sekali. Hahaha. Agak nya mereka yang berketurunan banjar ni ni tengok "ala perkara biasa je ni. aku kecik kecik bukan setakat dah pernah tengok, siap tidur gaya ni lagi ahaks" 

Sebenarnya menurut orang banjar tidurkan bayi secara pukong ni bagos untuk bayi. Antaranya bayi tidur lena untuk jangka masa yang panjang sebab rasa macam dalam kandungan, bayi mudah sendawa, tak tersedak bila minum susu, perut bayi tak masuk angin, selesa ketika bayi selesama dan tulang belakang jadi kuat sejak bayi lagi. Tapi ada yang kata nurse marah sebab tulang belakang bayi masih tak kuat. Kalau nak ikut kan ramai yang membesar menggunakan kaedah pukong ni dah elok je sampai sekarang. Hahaa. Apa apa pun memang terbaik la mereka yang berketurunan banjau masih mengamalkan tradisi pukong ni sampai sekarang dan kalau dilihat mereka agak kreatif. Dekat bawah ni antara bayi tidur dalam kaedah pukong.




ni dah moden sikit. comel je

*gambar hasil dari pak cik google

1 comment: